Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari menegaskan kelayakan tunggal seorang menteri besar adalah sama ada beliau mendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Syarat tunggal untuk seorang MB – atau PM atau KM (ketua menteri) – adalah majoriti.
"Gender, kelayakan akademik, malah kehendak peribadi sultan, juga tiada tempatnya,” katanya.
Malah, Aziz berkata, syarat bahawa menteri besar harus seorang Melayu dan Islam juga boleh diketepikan bagi memilih calon mendapat sokongan majoriti.
Aziz mengulas kenyataan istana yang menyebut sultan akan meneliti nama-nama lain anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pakatan Rakyat sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.