Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sultan turut pertimbang nama di luar senarai
Diterbitkan:  Sep 8, 2014 12:27 PM
Dikemaskini: 9:32 AM

Sultan Selangor akan mengambil kira pelbagai aspek dalam menilai setiap calon yang dipersembahkan untuk dipilih sebagai menteri besar baru negeri itu.

Bagaimanapun, baginda juga akan meneliti nama-nama lain ADUN daripada Pakatan sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik menteri besar Selangor terletak pada budi bicara DYMM Sultan Selangor, maka baginda juga akan meneliti nama-nama ADUN yang lain dari parti Pakatan yang berkelayakan dan pada fikiran DYMM sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan negeri," kata setiausaha sulit kepada baginda.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS