Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mendakwa rakan sejawatannya dari PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff ditegur dari pemimpin utama parti tersebut sehingga menimbulkan isu sokongan pada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Sedangkan, kenyataan Wanita Pakatan Rakyat itu tidak memerlukan tandatangan mana-mana pemimpin sayap wanita dari ketiga-tiga parti, katanya.

"Sebab itulah dia kata dia tak tandatangan. Saya rasa PAS perlu lebih terbuka dan membenarkan Dewan Muslimat diperkuatkan untuk menzahirkan pandangan mereka.

"Tak salah untuk Muslimat bagi pandangan kerana apabila berbuat demikian tak bermakna mereka melangkaui keputusan parti," katanya lagi.

"Tiada seorang pun di antara kami menandatangani kenyataan bersama itu. Ia kenyataan bersama dan tak perlukan tandatangan," katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Ketua Wanita DAP, Chong Eng pula berkata, Siti Zailah seolah-olah bersetuju dengan kenyataan itu sewaktu ia mula disebarkan melalui aplikasi telefon bimbit di kalangan pemimpin Wanita Pakatan Rakyat.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana kenyataan itu dibocorkan kepada media kerana tidak dikeluarkan oleh Wanita Pakatan Rakyat secara rasmi.

Siti Zailah hari ini dilaporkan menyatakan rasa kecewa dengan pihak yang menyebar kenyataan berkenaan.

Beliau juga mendakwa tidak meneliti kandungan kenyataan tersebut dan tidak menandatangani apa-apa kenyataan yang menyatakan sokongan seperti itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS