Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan penarikan sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad kepadanya  sebagai "soal dalaman Umno".

Enggan mengulas lanjut tentang kritikan keras bekas perdana menteri itu, Najib menegaskan bahawa pemimpin Umno tetap menyokong barisan kepimpinan sedia ada.

Pada masa sama mereka juga menghormati pandangan Mahathir sebagai negarawan yang disegani.

"Perkara ini daripada segi pendirian Umno, mereka memberi sokongan kepada kepimpinan sedia ada.

"Di samping itu mereka menghormati Tun (Mahathir) sebagai the elder statesman (negarawan kanan).

"Jadi kita anggap ini sebagai soal dalaman Umno.

"Kita harap ia dapat diuruskan dan ditangani dengan sebaik-baiknya," katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno petang ini.

Najib juga tidak menolak kemungkinan beliau akan bertemu Mahathir seperti disarankan sesetengah pihak susulan kritikan keras bekas perdana menteri itu terhadap pentadbirannya.

"Apa-apa pun segala kemungkinan akan berlaku.

"Kita harap ia berkesudahan dengan keadaan yang baik untuk Umno keseluruhannya," kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Mahathir sebelum ini menerusi blognya menyatakan menarik kembali sokongannya terhadap Najib yang dilihatnya "terlalu lembut" dalam hal-hal yang kritikal melibatkan pentadbiran negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS