Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA gesa MB sumpah macam Saiful Bukhari
Diterbitkan:  Aug 14, 2014 2:35 PM
Dikemaskini: 6:40 AM

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali meminta Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan isu rundingan penyelesaian hutangnya dengan Bank Islam yang bernilai RM70 juta dengan segera.

Ibrahim berkata, Khalid perlu membersihkan namanya segera dan tidak menunggu sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menjalankan siasatan.

Ibrahim turut mencadangkan supaya Khalid bersumpah menjunjung al-Quran seperti yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan ( bawah, memegang al-Quran ).

"PERKASA mendesak Khalid segera membuat penjelasan terbuka kepada umum isu penyelesaian hutang Bank Islam secara telus dan tidak menyerahkan pada SPRM semata-mata.

"Khalid boleh mengikut Saiful dalam usahanya untuk menegakkan kebenaran,” katanya merujuk soal rundingan menggunakan orang tengah yang memiliki kepentingan dalam syarikat yang kemudiannya mendapat projek negeri.

Ibrahim juga berkata, tuduhan itu harus dijawab secara sukarela dan telus kerana seorang pemimpin mesti memegang prinsip berani kerana benar.

“Semoga Khalid menjadi contoh terbaik pentadbir politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

PKR sebelum ini menjadi isu Bank Islam, Lebuh Raya Kidex dan penstrukturan semula air negeri sebagai alasan menukarnya dengan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Khalid menafikan dakwaan tersebut dan menyerahkan surat tuntutan guaman kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution supaya memohon maaf dan menarik balik satu laporan yang memburuk-burukkannya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS