Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP terus tekan PAS isytihar pendirian
Diterbitkan:  Aug 12, 2014 3:57 PM
Dikemaskini: 8:01 AM

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata, PAS tidak boleh lagi menangguhkan keputusannya dan harus mengisytiharkan sama ada mereka dalam satu barisan bersama Umno untuk mendukung Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, dengan terus menangguhkan menyatakan pendiriannya, ia seolah-olah tidak mengambil kira tanggungjawab terhadap mandat rakyat Selangor yang memberikan PAS 15 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum lalu.

Lim berkata jika PAS menyebelahi Khalid dan bukannya Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, tindakan itu akan mendorong ke arah perpecahan Pakatan.

“Jika PAS enggan merestui pertukaran menteri besar Selangor, dengan menggantikan Khalid dengan pilihan PKR Wan Azizah, ia akan segera memecahkan dan menamatkan Pakatan, di Selangor dan di peringkat nasional,” katanya.

Khamis lalu, Majlis Syura PAS, badan tertinggi dalam parti itu, memutuskan menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, sebuah lagi keputusan penting bakal dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa pusatnya pada 17 Ogos ini, yang sebelum ini telah dua kali ditangguhkan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS