Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MAS: MH17 punyai rekod penyenggaraan yang baik

Pesawat B777-200 dengan nombor pendaftaran 9M-MRD untuk penerbangan MH17 pada 17 Julai 2014 mempunyai rekod penyenggaraan yang baik, menurut Malaysia Airlines hari ini.

    

Dalam kenyataan di ibu negara, syarikat penerbangan negara itu menjelaskan bahawa pemeriksaan penyenggaraan terakhir pesawat itu ialah pada Jumaat lepas (11 Julai 2014) dan pemeriksaan seterusnya dijadualkan pada 27 Ogos.

    

"Penyenggaraan itu dijalankan di hangar Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Pesawat itu dalam keadaan baik," katanya.

    

Penerbangan MAS MH17, yang dalam jadual penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Khamis, terhempas di timur Ukraine.

    

Ia dijadual mendarat pada pukul 6.10 pagi Jumaat (hari ini) di KLIA.

    

Menurut Malaysia Airlines pesawat itu dikeluarkan pada Julai 1997, dan telah memberi perkhidmatan selama 17 tahun.

    

"Ia merekodkan 75,322 jam dengan jumlah pusingan 11434. Semua sistem komunikasi di atas pesawat itu berfungsi seperti biasa, " katanya.

    

-Bernama

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS