Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Akhbar lapor larangan berpuasa di Xinjiang
Diterbitkan:  Jul 3, 2014 11:13 PM
Dikemaskini: Jul 4, 2014 3:20 AM

Kakitangan kerajaan yang beragama, pelajar dan ahli Parti Komunis China (CPC) yang beragama Islam tidak dibenarkan untuk berpuasa pada bulan Ramadan di beberapa jabatan kerajaan di Xinjiang di barat laut China Wilayah Autonomi Uyghur.

"Ahli parti, penjawat awam dan pelajar tidak boleh berpuasa dan mengambil bahagian dalam aktiviti keagamaan yang lain. Semua pegawai CPC dan kakitangan awam perlu membimbing ahli keluarga dan rakan-rakan bertindak selaras dengan undang-undang dan memerangi aktiviti haram keagamaan," lapor sebuah akhbar tempatan Global Times yang memetik kenyataan akhbar

daripada biro komersial Turpan.

Bozhou Radio dan TV di Universiti Bole, Xinjiang juga menyiarkan larangan berpuasa untuk ahli-ahli parti, guru, dan remaja pada 28 Jun.

"Kita mengingatkan semua orang bahawa kita tidak dibenarkan berpuasa pada bulan Ramadan," katanya sambil menambah bahawa guru-guru akan dipecat jika didapati melanggar larangan tersebut.

Sesetengah pakar berkata ia merupakan amalan rutin di rantau itu untuk mengedarkan notis seumpama itu semasa bulan Ramadan atas kebimbangan berpuasa boleh memberi kesan kepada pengajian dan kesihatan pelajar.

Ia juga untuk mengelakkan pelajar daripada dikelirukan oleh pelampau agama, dengan mengambil kesempatan daripada sentimen agama, kata Prof Madya Zhang Yuxia di sebuah universiti di Urumqi yang dipetik oleh Times Global sebagai berkata.

Zhang berkata pengharaman tahun ini juga bertujuan untuk melindungi orang awam daripada kegiatan keganasan di rantau ini.

"Jika semua orang berpuasa, lebih ramai akan mengunjungi restoran Muslim selepas matahari terbenam, iaitu kira-kira jam 11 malam. Itu akan menjadi sasaran yang mudah untuk pengganas," kata Zhang, sambil menambah pasar malam di Urumqi telah diutup selepas serangan maut ke atas pasar jalanan di bandar itu yang mengorbankan 31 orang pada 22 Mei.

Sejak itu, China melancarkan gerakan "satu tahun" ekoran siri serangan pengganas yang melibatkan umat Islam Uyghur dari wilayah bergolak itu.

Jurucakap kerajaan Xinjiang, Hou Hanmin dipetik sebagai berkata bahawa pihak berkuasa menggalakkan penduduk untuk makan dengan betul untuk tujuan belajar dan bekerja, tetapi tidak memaksa mereka makan semasa Ramadan.

- Bernama

ADS