Pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan palsu kerana menuduh beliau tidak bekerjasama dengan polis berhubung siasatan mengenai salah laku polis.
“Beliau ini memang pelawak besar,” katanya kepada Malaysiakini.
Sanjeevan mengulas kenyataan Khalid yang turut mendakwa beliau enggan menyerahkan bukti ketika dikunjungi seorang pegawai.
Sanjeevan bagaimanapun mendakwa, tiada sebarang pegawai polis yang menemuinya berhubung dakwaan mengenai rasuah dan skandal seks.
"Itu terang-terangan satu penipuan... IGP sebenarnya yang enggan bertemu saya,” katanya lagi.
Dakwanya, beliau mengirim banyak surat kepada polis berhubung perkar aini namun Khalid tidak menjawab.
Terdahulu, Khalid berkata polis tidak pernah melindungi anggota yang melakukan kesalahan, dan menggesa agar siasatan berhubung kes seperti itu didedahkan kepada umum.