Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mayat bayi bertali pusat ditemui dalam parit
Diterbitkan:  Jul 2, 2014 6:15 AM
Dikemaskini: Jul 2, 2014 4:55 AM

Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui terapung di dalam parit berhampiran Jalan Matang Buluh, Bagan Serai dekat Ipoh semalam.

    

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mat Fauzi Nayan berkata mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui oleh orang awam pada 1.30 tengah hari.

    

"Bayi itu dipercayai baru sahaja dilahirkan. Ini kita lihat berdasarkan fizikal mayat itu yang masih bertali pusat. Polis masih mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terbabit," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata mayat bayi itu dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

    

Mat Fauzi turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian agar menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.

Sementara itu, seorang lelaki warga Singapura ditemui mati di sebuah bilik hotel di Jalan Wong Ah Fook di Johor Bahru semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata mangsa, Lee Chiang Yong, 62, ditemui tidak sedarkan diri di bilik hotel yang disewanya oleh pekerja hotel tersebut pada 1.37 tengah hari tadi.

    

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik yang dipanggil ke lokasi kejadian dan siasatan awal polis tidak menemukan kecederaan atau unsur jenayah pada mangsa, katanya dalam kenyataan.

    

Menurutnya mangsa juga baharu mendaftar masuk ke hotel itu semalam.

    

"Mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat dan Konsulat Singapura juga sudah dimaklumkan untuk mengesan warisnya," kata Sulaiman.

- Bernama

  


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS