Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazri: Penculikan lebih banyak jejas pelancongan

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz berkata siri penculikan di pantai timur Sabah lebih banyak menjejaskan kehadiran pelancong dari China berbanding kes kehilangan pesawat MH370.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan tambahan daripada Azmin Ali (PKR-Gombak) sewaktu sesi soal jawab di Parlimen.

Menurut Nazri, 76 pesawat dibatalkan daripada Shenzhen dan Shanghai ke Kota Kinabalu, termasuk 20 penerbangan MAS, 22 penerbangan China Southern Airlines, dan 44 penerbangan kos rendah.

Katanya, jumlah itu direkodkan untuk tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Pesawat MH370, yang membawa majoriti penumpang warga China, dilaporkan hilang pada 8 Mac.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS