Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RTM buat perolehan RM111.3j tanpa kontrak
Diterbitkan:  Jun 16, 2014 2:12 PM
Dikemaskini: 11:05 AM

LAPORAN AUDIT Ketua Audit Negara mendapati Jabatan Penyiaran Malaysia didapati membuat perolehan berjumlah RM111.30 juta tanpa sebarang kontrak formal.

Perkara itu didedahkan dalam Laporan Audit Negara 2013 siri ke-2 yang dibentangkan di parlimen hari ini.

Laporan itu menyebut, arahan perbendaharaan menetapkan bahawa kontrak formal perlu dibuat bagi perolehan melebihi RM50,000 untuk memastikan kepentingan Kerajaan terjamin.

"Semakan Audit terhadap 426 program (rancangan televisyen) mendapati 413 program berjumlah RM111.30 juta tidak mempunyai kontrak formal.

"KKMM berpendapat SST (Surat Setuju Terima) yang digunapakai memadai untuk menggantikan kontrak formal sebagai ikatan antara kerajaan dengan pembekal.

"Akibat ketiadaan kontrak formal boleh menyebabkan kepentingan Kerajaan di dalam perolehan ini tidak terjamin," laporan audit dipetik.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS