Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas IGP: Polis mesti patuh arahan mahkamah

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata pasukan itu sepatutnya menurut perintah Mahkamah Majistret Ipoh dalam kes perebutan hak jagaan anak antara M Indira Gandhi dan bekas suami, seorang mualaf.

Katanya, majistret secara khusus mengarahkan polis mengambil Prasana Diksa dan jagaan bekas suami wanita tersebut dan pasukan terbabit perlu menjelaskan kepada mahkamah dalam bentuk afidavit sekiranya ia tidak dipatuhi.

"Saya fikir polis perlu ikut perintah mahkamah," kata Musa kepada Malaysiakini .

Menurutnya lagi, polis juga berada dalam kedudukan sukar kerana perintah mahkamah Syariah sebelum itu memberikan hak jagaan kepada pihak bapa dan keputusan mahkamah sivil selepas itu memberi hak jagaan kepada ibu.

Ketua polis negara sebelum ini, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak akan menguatkuasa mana-mana keputusan terbabit dan hanya akan meletakkan Prasana di pusat jagaan anak sehinggalah isu tersebut diselesaikan.

Musa berkata satu lagi penyelesaian alternatif akan merujuk keputusan terakhir dalam kes tersebut kepada Pejabat Peguam Negara.

"Jika (polis) tidak boleh buat keputusan, mereka boleh rujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan serahkan kes itu kepada pihak perundangan," kata Musa lagi.

Tambahnya, lebih baik lagi jika polis membawa ibu dan bapa terbabit ke meja rundingan bagi menyelesaikan kes tersebut secara baik.

Peguam Indira, M Kulasegaran semalam menyebut, pihak ibu sudahpun menolak pelawaan polis untuk mengadakan rundingan seperti itu kerana mahu pasukan tersebut mematuhi perintah mahkamah.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS