Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam mahu IGP dirujuk kes hina mahkamah
Diterbitkan:  Jun 13, 2014 2:00 PM
Dikemaskini: 6:26 AM

Para peguam mewakili S Deepa dan M Indira Gandhi sedang mempertimbang secara serius untuk merujuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ke mahkamah kerana ingkar perintah mahkamah tersebut.

Ia berikutan kenyataan Khalid yang mahu mengambil "jalan tengah" dengan meletakkan anak-anak mereka, yang menjadi rebutan dalam pertikaian hak penjagaan, di rumah kebajikan.

"Kita akan membuat keputusan konkrit (untuk memohon agar prosiding menghina mahkamah dimulakan ke atas IGP) pada minggu hadapan.

"Saya akan dapatkan arahan daripada anak guam saya minggu hadapan dalam keputusan ini," kata peguam bela Deepa, Joanne Leong kepada Malaysiakini .

Seorang daripada peguam-peguam Indira untuk kes itu, MP Ipoh Barat M Kulasegaran sewaktu dihubungi juga mengesahkan mereka sedang meneliti kemungkinan itu dengan serius.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS