Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sultan dengar nasihat MB? Mimpilah, kata Zaid
Diterbitkan:  Jun 9, 2014 6:43 PM
Dikemaskini: 10:45 AM

Hari ini, jika menteri besar atau exco berkata raja-raja Melayu bertindak atas nasihat mereka, “kamu boleh beritahu mereka, mimpilah”, kata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.

Katanya, walaupun perkataan “bertindak atas nasihat menteri besar (atau perdana menteri)” digunakan dalam perlembagaan persekutuan atau negeri, amalan sebenar yang berlaku sebaliknya.

“Raja sekarang memutuskan sesuatu perkara dan angan-angan untuk menteri besar percaya sebaliknya.

"Lihat saja apa yang berlaku di Terengganu, Perak, Perlis, dan Kelantan,” katanya.

“Selepas kes Perak, jelas bahawa kedudukan menteir besar sangat bergantung kepada kehendak yang mulia baik dalam terma lantikan dan pengguguran,” katanya.

Pada awal kemerdekaan, Zaid berkata, lebih mudah jika Malaysia menerima dan mematuhi model Westminster secara keseluruhannya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS