Masih belum lagi ada keputusan sama ada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dikenakan ke atas pembelian petrol dan diesel, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Menurutnya, kerajaan mungkin akan memutuskan perkara itu bersama
dengan skim baru subsidi bahan bakar, yang dijangka mula berkuatkuasa pada 1 September.
Namun tegasnya, secara prinsipnya keperluan subsidi akan disasarkan kepada mereka yang memerlukannya.
Perkara itu katanya akan diperhaluskan menerusi satu jawatankuasa bersama di bawah Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Menurutnya, sebarang ketetapan perlu mendapat kelulusan kabinet sebelum ia diumumkan.