Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pesawat MAS dilanggar kenderaan bagasi
Diterbitkan:  Jun 3, 2014 10:23 PM
Dikemaskini: 2:32 PM

Malaysia Airlines mengalami satu kemalangan lagi hari ini apabila salah sebuah pesawat B737-800 syarikat penerbangan itu dilanggar oleh kenderaan bagasi ketika ia diletakkan di kawasan parkir hari ini.

Foto yang dilihat oleh Malaysiakini mengenai kejadian di Lapangan Terbang Kuala Lumpur menunjukkan bahagian bawah badan pesawat robek.

Mengesahkan kejadian itu, MAS berkata kenderaan bagasi lapangan terbang itu melanggar fiuslaj pesawat itu mengakibatkan kerosakan.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAS berkata punca kejadian itu sedang  disiasat dan pemandunya digantung tugas untuk sementara.

Menurutnya lagi, penumpangnya telah dipindahkan ke pesawat lain.

Sebuah lagi pesawat B737-800 telah digunakan untuk penerbangan berikutnya yang berlepas mengikut jadual, katanya.

Bulan lepas, sebuah pesawat MAS dilanggar oleh kereta lapangan terbang, Perodua Viva semasa ia berada di parkir KLIA.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS