Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO lapor polis desak tutup kilang Cadbury
Diterbitkan:  May 28, 2014 6:13 PM
Dikemaskini: 11:45 AM

Sebuah NGO Islam, Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), hari ini membuat laporan polis di ibupejabat polis Dang Wangi mendesak kilang Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd (Cadbury) ditutup.

Presidennya, Abdul Rani Kulup Abdullah berpendapat tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menarik logo halal tersebut, tidak memadai.

“Tarik balik maksudnya apa? tutup terus kilang cadbury ini betul ke tak betul?” katanya kepada ahli pertubuhan yang mengiringinya membuat laporan polis itu.

Justeru itu, Abdul Rani menggesa JAKIM menjalankan operasi merampas dua produk tersebut yang didakwannya masih dijual di pasaraya.

Sabtu lalu, dua produk cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) disahkan Kementerian Kesihatan mengandungi DNA khinzir.

Dua produk itu ialah Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok (batch no) NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 November 2014; dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Januari 2015.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS