Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seolah-olah menggunakan logik yang sama seperti Adolf Hitler menjelaskan tindakan ke atas golongan Yahudi.
Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, Zahid tidak sepatutnya membuat tanggapan stereotaip ke atas sesuatu komuniti sebagai golongan kaya, sedangan terdapat juga masyarakat Cina yang miskin.
“Bagaimana orang Cina boleh meninggalkan orang Melayu dan India dengan mengundi DAP? Saya tidak tahu apa logik yang digunakan oleh Zahid, melainkan untuk mengatakan bahawa ia logik sama yang digunakan Hitler untuk menjustifikasi penghapusan entik Yahudi.
“Dalam sebuah demokrasi, setiap warganya berhak untuk memilih, tanpa rasa takut atau pilih kasih, tanpa ancaman atau godaan wang tunai atau hadiah.
"Apa gunanya membuat pilihan raya demokratik jika pengundi boleh dianggap tidak mengenang budi kerana mengamalkan kebebasan mereka untuk memilih?," katanya.
Kenyataan menghasut oleh Zahif itu jelas sekali bertujuan untuk mencipta kebencian kaum dan rasa takut di kalangan masyarakat Cina Teluk Intan bagi memaksa mereka mengundi BN.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu menyangkal kenyataan rasis Zahid itu.