Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khutbah: LGBT menjadi-jadi
Diterbitkan:  May 23, 2014 11:53 AM
Dikemaskini: 4:17 AM

Khutbah Jumaat di masjid-masjid di Wilayah Persekutuan hari ini menyatakan kebimbangannya terhadap masalah sosial yang didakwa makin menjadi-jadi, termasuk gejala lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT).

Ia antara masalah yang disenaraikan bersama pelacuran, rogol pembuangan bayi, dadah, arak oleh teks khutbah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu.

“Keadaan ini diburukkan pula dengan wujudnya segelintir umat Islam yang hilang integriti, jati diri dan tersasar dari landasan yang sebenar,” menurut khutbah itu lagi.

Mimbar justeru mengingatkan, masalah sosial pelbagai bentuk itu menghendaki umat Islam bekerja dengan lebih gigih dengan menyusun strategi dakwah mengikut situasi semasa.

Khutbah itu juga membuat kesimpulan, akhlak kurang baik umat Islam kini turut berpunca daripada solat yang tidak khusyuk, menyebabkan perbuatan keji tidak dapat dihindari.

”Maka mimbar amat yakin pelaksanaan solat yang khusuk berupaya menjadi benteng, mengukuhkan kekuatan akidah dan akhlak anak-anak kita dalam menghadapi serangan gejala sosial ini,” katanya.

Khutbah Jumaat hari ini bertemakan peristiwa Israk Mikraj yang mana Nabi Muhammad menerima kewajiban solat selepas bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS