Protes bingit di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini berjangkit ke dewan.
Kira-kira 10 orang dilihat memasuki DUN hari ini, malah ada daripada mereka cuba memanjat meja speaker Law Choo Kiang.
Law tiada di situ pada masa itu.
Mereka menjerit bertanyakan di mana kerusi RSN Rayer. |
Bantahan itu ekoran kenyataan Rayer, wakil rakyat Seri Delima daripada DAP yang menggelarkan seorang pemimpin Umno negeri sebagai celaka.