Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ibu kata Dyana seperti Marina Mahathir
Diterbitkan:  May 20, 2014 6:56 PM
Dikemaskini: 11:06 AM

Yammy Samat menyindir menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan didikan dan cara beliau membesarkan Dyana Sofya Mohd Daud, sehingga peguam muda itu sanggup menyertai DAP.

Pemimpin veteran Wanita Umno itu dengan sinis berkata, beliau berusaha membesarkan Dyana, 27 supaya mengikut jejak langkah seorang anak lelaki Mahathir, Mukhriz yang kini menjadi menteri besar Umno di Kedah.

Bagaimanapun, anak gadisnya itu kini lebih banyak mencontohi seorang lagi anak Mahathir, Marina, aktivis sosial yang sering berbeza pandangan dengan bekas perdana menteri itu.

"Saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz tapi apabila besar dia jadi Marina," katanya seperti dipetik dalam laporan Astro Awani .

Yammy juga berkata, beliau memberikan kebebasan kepada anaknya untuk memilih antara perkara yang baik dan buruk.

"Dia sudah besar dan boleh berfikir sendiri," katanya ketika ditemui semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, yang ditandingi Dyana.

Mahathir semalam menyatkaan kekecewaannya kerana DAP meletakkan calon dari keluarga Umno.

Bekas presiden Umno itu turut menasihati anggota parti supaya mengelakkan anak-anak mereka membelakangi Umno.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS