Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan RCI Sabah sudah diserah kepada Agong

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah sudah mengemukakan laporan lengkap hasil penyiasatan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku

Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, minggu lepas.

    

Pengerusi RCI mengenai PATI di Sabah yang juga bekas hakim besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong berkata pihaknya kini menyerahkan kepada kerajaan untuk menentukan pembentangan laporan itu yang siap sejak awal tahun ini.

    

"...Saya tidak boleh berkata apa-apa sehingga laporan dikeluarkan," katanya kepada pemberita selepas mengetuai rombongan RCI melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, di Kota Kinabalu hari ini.

    

Kunjungan berkenaan bertujuan memaklumkan kepada Yang Dipertua Negeri mengenai perkembangan laporan suruhanjaya itu.

    

Suruhanjaya yang ditubuhkan pada 21 Sept 2012 itu menamatkan prosiding siasatan mereka pada 20 Sept tahun lepas dengan memanggil 211 saksi termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS