Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kuala Lumpur banjir kilat lagi
Diterbitkan:  May 12, 2014 4:39 PM
Dikemaskini: 8:54 AM

Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur susulan hujan lebat bermula sekitar jam 2.30 petang tadi.

Paras air meningkat di beberapa jalan utama termasuk Jalan Bangsar, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Semantan, lapor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi Sistem Maklumat Bersepadu Pengangkutan (ITIS) milik mereka.

"3.40 petang - Laporan banjir di LRT berhampiran terowong Chan Saw Lin. Trafik ditutup kedua-dua hala. Berhati-hati," lapor akaun Twitter ITIS (@ITISDBKL).

Terkini, akaun sama melaporkan aliran trafik di sekitar pusat bandar sudah mula sesak.

"4.30 petang - Trafik di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bergerak secara sesak dan perlahan di beberapa lokasi terjejas oleh bencana alam. Berhati-hati," lapor akaun itu.

Pengguna akaun Twitter turut berkongsi beberapa gambar dan maklumat tentang paras air yang meningkat di JalanMahameru, Jalan Duta, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Kia Peng.

Sebahagian gambar memaparkan paras air meningkat lebih 30 sentimeter dengan hujan berterusan, menyebabkan kerisauan tentang kemungkinan jalan raya sesak selepas waktu pejabat bermula jam 5 petang.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS