Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Ada borang masih kekalkan 'kaum'
Diterbitkan:  May 8, 2014 11:24 AM
Dikemaskini: 4:19 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata kerajaan tidak akan menggugurkan kesemua ruangan yang menyatakan keterangan kaum dalam borang rasmi kerana ia diperlukan bagi kes tertentu.

Laporan The Star Online menyebut, Joseph Entulu berkata, pengguguran ruangan tersebut dalam borang yang tidak relevan akan tetap dijalankan secara berperingkat-peringkat

“Bahagian itu tidak boleh digugurkan serta merta dan sepenuhnya kerana dalam beberapa aspek, pernyataan kaum itu diperlukan, contohnya apabila kerajaan menjalankan bancian atau dalam isu berkaitan tanah,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Kataya, ruangan untuk menyatakan kaum itu telahpun digugurkan dalam kira-kira 120 borang rasmi kerajaan, termasuk untuk permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia dan skim pinjaman perumahan.

Menurut laporan tersebut, salah satu daripada borang yang mengekalkan ruangan itu adalah yang berkaitan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan untuk memelihara kedudukan dan hak istimewa bumiputera.

Identiti kaum itu juga dikekalkan untuk memenuhi keperluan perundangan melibatkan tanah, pendidikan, perniagaan dan kawasan yang diwartakan mengikut akta tersebut.

Ia juga diperlukan untuk tujuan penyelidikan dan perancangan untuk seperti kawalan penyakit, peningkatan pendidikan dan demografi penduduk.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS