Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS perjelas rancangan hudud pada DAP, PKR
Diterbitkan:  Apr 29, 2014 8:31 PM
Dikemaskini: 12:35 PM

Kerajaan PAS Kelantan hari ini mengadakan pertemuan bersama DAP dan PKR bagi memberi penjelasan khusus tentang pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di negeri itu.

Wakil PAS diketuai oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Ahmad Yaacob itu memberi penjelasan kepada pimpinan bukan Islam DAP dan PKR mengenai rancangan mereka.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang bersama dalam pertemuan itu berkata, penjelasan dibuat kerana rakan-rakan Pakatan Rakyat itu ingin tahu lanjut mengenai hasrat Kelantan membawanya ke Parlimen.

"Daripada apa yang kita jelaskan pada pandangan sayalah, positiflah... mereka faham apa yang kerajaan Kelantan laksanakan walaupun pada dasarnya mereka tidak setuju, itu kita hormatilah,” katanya dipetik dari Harakahdaily .

Perjumpaan hampir dua jam di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur itu berlangsung hampir dua jam.

Sementara itu, Mohd Amar turut mengalu-alukan sesiapa sahaja pemimpin bukan Muslim lain untuk menemui mereka bagi mendapatkan penjelasan mereka.

“Soal setuju atau tidak setuju itu hak masing-masing, kita tidak akan paksa," katanya.

Turut bersama dalam perbincangan itu dua Naib Presiden PKR Tian Chua, anggota majlis pimpinan pusatnya Sivarasa Rasiah. Wakil DAP pula Timbalan Setiausaha Agung Datuk Ngeh Khoo Ham, Ahli Parlimen Kluang Liew Ching Tong dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok

Liew yang ditemui berkata, pihaknya mengutarakan dalam perbincangan itu bahawa hudud bukan agenda bersama Pakatan.

Walaupun perbezaan pandangan, katanya, mereka akan mencari titik persamaan dan cuba mencari penyelesaian terbaik.

"Kita masih dalam perbincangan. Kita harap semua boleh memahami isu dan risiko politik dalam isu ini. Kita telah terangkan pendirian kita, dan kongsikan pandangan masing-masing," katanya.

Sementara itu Kok memberitahu Malaysiakini, PAS mengambil inisiatif melaksanakan hudud bagi mengelakkan kehilangan sokongan Melayu.

"Pemimpin PAS memberitahu kami kesukaran mereka dalam berdepan masyarakat kampung Melayu kerana Umno menguar-uarkan dakwaan mereka dikawal DAP.

"Mereka kata tidak boleh berdiam diri setelah menerima cabaran yang diberikan oleh Umno dalam isu hudud.

“Jika tidak respon dalam keadaan ini, lebih banyak sokongan Melayu akan hilang," kata Teresa yang juga anggota parlimen Seputeh.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS