perhimpunan untuk membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei bertekad untuk berkumpul di kawasan Dataran Merdeka biarpun ia kini ditutup untuk tujuan “naik taraf”.
Penganjur perhimpunan untuk membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei bertekad untuk berkumpul di kawasan Dataran Merdeka biarpun ia kini ditutup untuk tujuan “naik taraf”
Bagaimanapun, jurucakap jawatankuasa protes 1 Mei S Arutchelvan berkata keputusan telahpun dibuat pagi ini untuk tetap berkumpul di Dataran Merdeka.
"Kami bersetuju dengan kebimbangan mengenai kawasan pembinaan yang berjalan tetapi kami akan berkumpul di jalan bersebelahan padang," kata beliau kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Beliau menambah sekiranya pihak berkuasa boleh menutup jalan di Dataran Merdeka walaupun tiada pembinaan, jadi para demonstran boleh berkumpul di kawasan tersebut.
"Pilihan kedua terbaik ialah berkumpul di sekeliling Dataran Merdeka, kami tidak akan bersetuju (berkumpul) di Stadium," kata setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkata himpunan itu akan tetap berjalan di padang bersejarah tersebut.
"Kami fikir Dataran Merdeka adalah simbol kepada gerakan rakyat," kata beliau.
Menurut Arutchelvan, himpunan dijadualkan bermula jam 2 petang dan hadirin diminta berkumpul di empat tempat utama iaitu Bangunan KLCC, Kompleks Membeli Belah Sogo, Dataran Maybank dan Masjid Negara sebelum berarak ke Dataran Merdeka.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad semalam memberi amaran kepada penganjur agar tidak menggunakan padang berkenaan kerana peralatan pembinaan di kawasan itu boleh menyebabkan bahaya.
Pasukan itu turut mengesyorkan penggunaan Padang Merbok dan Stadium Merdeka sebagai tempat alternatif.