Perdana Menteri Korea Selatan mengumumkan untuk meletak jawatan bagi memikul tanggungjawab ke atas kritikan ke atas kerajaan ekoran tragedi feri karam 16 April lalu yang mengorbankan hampir 300 orang.
Chung Hong-won dalam pengumumannya hari ini berkata ia adalah tindakan terbaik yang boleh dilakukannya – 11 hari selepas tragedi maritim tersebut.
“Perkara yang baik untuk saya lakukan ialah memikul tanggungjawab dan meletak jawatan,” katanya seperti dipetik dalam laporan agensi berita DPA.
Lebih 180 orang disahkan meninggal dunia setakat ini, kebanyakannya pelajar yang menaiki feri tersebut dari Incheon di barat Seoul ke pulau peranginan Jeju untuk lawatan sekolah.
Lebih 110 orang masih belum ditemui sekatat ini.
Kesemua 15 orang kru kanan kapal tersebut didakwa di mahkmah atas tuduhan kecuaian kerana gagal membantu penumpang apabila feri tersebut karam, dua jam selepas membuat panggilan kecemasan.