Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Doktor tolak keras pakar bedah bantu hudud
Diterbitkan:  Apr 24, 2014 3:47 PM
Dikemaskini: 9:49 AM

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyatakan rasa terkejut mereka berhubung rancangan Kelantan menggunakan khidmat pakar bedah untuk memotong tangan pesalah hudud jika ia undang-undang itu dikuat kuasa.

Presidennya Dr NKS Tharmaseelan ( kanan ) berkata, memotong anggota badan seseorang, walaupun penjenayah, “bertentangan dengan amalan dan etika perubatan”.

Katanya, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menasihatkan doktor-doktor supaya tidak menyaksikan atau memperakui hukuman sebat terhadap penjenayah, apatah lagi pemotongan anggota badan.

“Saya mohon kerajaan Kelantan memikirkan semula hasrat mendapatkan pakar bedah bagi melakukan kerja 'kasar' melaksanakan undang-undang yang bertentangan dengan amalan dan etika perubatan.

“Saya secara peribadi menentang sebarang undang-undang yang memerlukan pencacatan...

“Meminta pakar bedah untuk melaksanakan pemotongan jauh lebih serius dan sudah tentu ditentang oleh MMA,” katanya dalam kenyataan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ( kiri ) semalam dilaporkan berkata, pihaknya merancang menggunakan khidmat pakar bedah bagi memotong tangan penjenayah yang disabitkan kesalahan jika hudud mula dikuatkuasakan tahun depan.

Katanya, selesai hukuman itu, pesalah terbabit sudah boleh pulang ke rumah tanpa perlu menjalani sebarang hukuman lain seperti penjara.

Tharmaseelan berkata, doktor dilatih untuk menjaga, merawat dan menyembuhkan dan ia mesti mendapat persetujuan pesakit, walaupun seorang penjenayah.

Beliau juga berkata, MMA akan membuat laporan terhadap doktor yang terlibat dengan pemotongan tangan kepada Majlis Perubatan Malaysia jika ia berlaku.

“Ia boleh menyebabkannya disingkir daripada daftar perubatan sebagai doktor. MMA juga akan bertindak terhadapnya dan mengeluarkannya daripada persatuan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS