Kertas kajian baru oleh Universiti Oxford mencadangkan empangan mega di seluruh dunia sebenarnya membazir, walaupun pembuat dasar selalu mencadangkan sebaliknya.
Kertas dalam jurnal universiti Energy Policy Jilid ke-69 mencadangkan, empangan besar secara puratanya melibatkan kos 96 peratus melebihi jangkaan dan memerlukan masa lebih 44 peratus daripada dijadualkan.
Kajian itu dibuat berdasarkan sampel 245 empangan tenaga hidro besar di 65 negara yang dibina antara 1935 hingga 2007.
“Kami dapati, sebelum mengambil kira kesan negatif kepada masyarakat manusia dan persekitaran, kos pembinaan sebenar empangan besar terlalu tinggi untuk menghasilkan pulangan yang positif,” menurut kertas itu.
Bruno Manser Fund (BMF), sebuah NGO berpangkalan di Switzerland menyebut, penulis turut menyiasat Empangan Bakun Sarawak.