Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: DBKL tak benar himpunan tanpa permit

Pusat aktiviti belia yang sedang dibina bersebelahan pusat membeli-belah KL Festival di Wangsa Maju di Kuala Lumpur, dijangka siap tahun depan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya pembinaan pusat itu di atas tanah seluas 1.2 hektar bermula dua bulan lepas.

"Projek yang mendapat peruntukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu bakal memanfaatkan warga belia Parlimen Wangsa Maju mulai tahun depan.

"Tanah tersebut sememangnya digazetkan sebagai taman rekreasi untuk kemudahan warga kota termasuk belia," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Mesra Belia Malaysia Wangsa Maju, hari ini.

Mengulas isu lain, Tengku Adnan berkata setakat ini DBKL tidak menerima sebarang permohonan permit daripada pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka pada 1 Mei ini.

DBKL tidak akan membenarkan sebarang perhimpunan tanpa permit di Dataran Merdeka, katanya.

Karnival anjuran Majlis Belia Wangsa Maju, DBKL serta beberapa pertubuhan belia lain itu dihadiri kira-kira 2,000 belia yang menyertai pelbagai program antaranya senamrobik, bola jaring, acara tarik tali dan sepak takraw.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS