Satu tinjauan oleh firma kajian bebas Merdeka Center menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia menunjukkan sikap tidak puas hati ke atas kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tinjauan pada bulan Mac itu menunjukkan 44 peratus dari 1,005 responden memberi jawapan tidak berpuas hati dengan dengan kepemimpinan Najib.
Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 4 peratus berbanding hasil tinjauan Merdeka Center pada bulan Disember.
Bagaimanapun, kepercayaan pengundi kepada Najib kekal tidak berubah pada tahap 52 peratus.
Ini disebabkan jumlah responden yang tidak pasti atau enggan menjawab soalan semakin menurun.
Jumlah 44 peratus responden yang tidak puas hati merekodkan tahap paling tinggi sejak Merdeka Center mula mengkaji prestasi Najib pada Mei 2009, ketika beliau mula menjadi perdana menteri.
Ia berkemungkinan besar disebabkan kebimbangan ke atas keadaan ekonomi, diikuti masalah jenauah, isu kaum dan politik.
Kebanyakan daripada responden percaya bahawa rasuah merupakan isu utama yang perlu ditangani.
Bagaimanapiun, ramai di kalangan responden berkata mereka berpuas hati dengan kerajaan dan BN.
Sebanyak 42 peratus berkata mereka "puas hati" dengan kerajaan, meningkat empat peratus berbanding Disember.
Sebanyak 38 peratus lagi menjawab mereka berpuas hati dengan BN, satu peningkatan sebanyak tiga peratus.
"Pada pendapat kami, peningkatan ini mungkin disebabkan pemindahan bayaram BR1M kepada 5.4 juta penerima seluruh negara yang bermula pada akhir Februari sehingga Mac," kenyataan Merdeka Center dipetik.