Pakatan Rakyat akan mengusulkan rasa kurang senang mereka dengan badan kehakiman di Parlimen tidak lama lagi dan akan mendesak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk menyatakan pendiriannya.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan meperincikan cara untuk membawa perkara itu ke Parlimen susulan keputusan kes Liwat II dan sabitan kes hasutan MP Gelugor, Karpal singh baru-baru ini.
"Ke mana lagi kita mahu pergi jika bukan Parlimen? Ke jalan raya?" kata Anwar pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau turut menuduh yang badan kehakiman kini semakin bersikap perkauman dan tidak melindungi hak golongan minoriti.
"Seolah-olahnya seperti ada pertandingan dalam badan kehakiman untuk melihat siapa yang lebih pro-Umno.
"Pertandingan ini membunuh kehakiman," katanya.