PERKASA Datuk Ibrahim Ali mengibaratkan DAP sebagai "dhab padang pasir" yang disifatkannya menyembunyikan kepala dalam pasir tetapi punggung tertonggeng ke luar.
Menurut ahli politik veteran itu, ini kerana parti itu terus menerus menyerang kumpulan pendesak Melayu itu sebagai rasis – dakwaannya yang menurutnya demi mengelirukan pemikiran kaum Tiong Hua.
"DAP terus menerus serang PERKASA sebab DAP setelah bersekongkol dengan PAS, telah menerima negara Islam dan hukum hudud.
"Untuk mengabui kaum Cina, strategi DAP serang PERKASA sebagai rasis. Dengan cara ini, kaum Cina dikelirukan oleh DAP.
"DAP yang merupakan bapa rasis selama ini, ibarat binatang dhab padang pasir, yang kepalanya di sembunyi dalam pasir dan punggung tertonggeng di luar," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini .
Dalam kiriman SMS tersebut, bekas ahli parlimen Pasir Mas itu berkata beliau berkata demikian selepas bertemu dengan Persatuan Melayu Sarawak di Kuching pada pagi ini.