Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Juruterbang, pembantu tak minta terbang bersama
Diterbitkan:  Mar 16, 2014 7:39 PM
Dikemaskini: 1:22 PM

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang Fariq Ab Hamid tidak memohon untuk terbang bersama.

Hishammuddin berkata, ia berdasarkan maklumat daripada Malaysia Airlines (MAS).

Beliau juga berkata tidak akan mengulas sebarang spekulasi berhubung sebab pesawat itu menyimpang daripada laluan asal.

Ia, menurutnya, untuk mengelakkan prejudis terhadap siasatan yang sedang berjalan.

“Saya faham keinginan untuk maklumat baru.

"Tetapi kita tidak mahu melompat membuat kesimpulan,” katanya yang meminta semua pihak menghormati anggota keluarga dan proses siasatan.

Terdapat spekulasi meluas bahawa Zaharie dan Fariq bertanggungjawab terhadap lencongan pesawat Boeing 777-200ER itu.

Hishammuddin juga berkata, lebih banyak negara, termasuk Amerika Syarikat, China dan Perancis diminta membantu dalam data satelit dan maklum balas radar.

Perkara itu dinyatakan dalam sidang media harian pihak berkuasa berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, kakitangan MAS di lapangan disiasat, termasuk semakan latar belakang kru dan penumpang.

Bagaimanapun, semakan latar belakang negara lain pada kesemua penumpang yang menaiki pesawat belum diterima.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS