Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pasport curi: Lelaki warga Iran dikenalpasti

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mendedahkan, salah seorang dari dua penumpang yang menaiki pesawat MH370 pada dengan pasport dicuri adalah seorang pemuda warga Iran.

Identitinya dikenalpasti sebagai Pouria Nour Mohmammad Mahrdad, 19, pemegang pasport dikeluarkan negara Austria yang dilaporkan hilang oleh pemiliknya.

Katanya, semakan polis mendapati, Pouria (atas) yang memasuki Malaysia pada 28 Februari itu tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.

"Tiada kemungkinan bahawa dia adalah anggota sebarang kumpulan pengganas.

"Apabila kita kenalpasti beliau sebagai penumpang dengan pasport curi, kami memfokuskan kepadanya dan menyebarkan kepada pasukan polis seluruh dunia dan tentulah kami mendapat jawapan sangat pantas.

Khalid berkata polis mengenalpasti identiti Pouria selepas berhubung dengan ibu pemuda tersebut.

"Kita tahu dia hendak berhijrah ke Jerman sebab kita berhubung dengan ibunya. Ibunya sedang menunggu ketibaannya di Frankfurt.

"Apabila dia tidak muncul, dia menghubungi kami di sini, sebab itu itulah kami tahu dia adalah orang yang sama yang menggunakan pasport palsu," katanya.

Pihak berkuasa sedang mengesan identiti seorang lagi penumpang (kanan) yang memegang pasport dicuri, katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Polis mendedahkan gambar kedua-dua individu berkenaan hari ini.

Sementara itu, pasukan Polis Antarabangsa (Interpol) mengenalpasti bahawa pemegang pasport kedua itu juga warga Iran bernama Delajar Syed Mohamad Reza, 30.

Setiausaha agung Interpol, Ronals K Noble yang mengesahkan perkara itu juga berkata pasukan berkenaan percaya Delajar tidak terlibat dengan keganasasn, tetapi mungki terlibat dengan pemerdagangan orang, lapor rangkaian CNN.

Katanya, Interpol semakin cenderung untuk percaya demikian dengan lebih banyak maklumat yang diperolehi.

Kedua-daua penumpang itu menukar pasport mereka dengan pasport curi, masing-masing dengan pasport Itali dan Austria, untuk menaiki penerbangan tersebut.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS