Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM 'tinggalkan populariti' demi masa depan negara

Pemotongan subsidi dan pengenalan cukai baru mungkin memberi kesan terhadap tahap populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi ia satu pengorbanan yang ingin beliau lakukan.

"Saya bersedia untuk meletakkan kepentingan jangka panjang negara mengatasi populariti jangka pendek saya," kata Najib.

Berucap dalam satu majlis pagi ini, Najib yang juga menteri kewangan berkata beliau tidak akan membuat satu keputusan yang boleh mengadaikan kedaulatan negara ini.

"Banyak negara hilang kebebasan dan terpaksa menyerahkan kawalan nasib ekonomi mereka kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

"Sebagai perdana menteri, (tanggungjawab) saya untuk melindungi rakyat Malaysia.

"Saya tidak akan membenarkan kemajuan negara, kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara diancam," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS