Kenaikan bayaran prosedur dan konsultasi perubatan yang diwartakan oleh Kementerian Kesihatan Disember lalu dibuat untuk melindungi rakyat dan tidak dilakukan secara rahsia, kata Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam hari ini.
Tiada apa yang rahsia mengenainya, kata Subramaniam kepada pemberita dalam sidang akhbar mengenai perkara itu, yang dibangkitkan oleh Malaysiakini semalam.
Katanya, pihak kementerian meminda bayara tersebut untuk
mengenakan tahap maksimum untuk melindungi rakyat, manakala Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menuntut kenaikan yang lebih tinggi.
"MMA mahu kenaikan 30 peratus, tetapi kami menetapnya pada purata 14 peratus kenaikan," katanya.
Kelewatan yang panjang itu, tegasnya, adalah kerana perbezaan pendapat antara kementerian dan pihak yang berkepentingan.
Bagaimanapun, tambahnya, akhirnya kementerian membuat keputusan tersebut dan mewartakannya.
Beliau bertegas bahawa pengguna masih boleh menentukan bayaran dalam industri perubatan swasta, dengan meminta mereka memilih pengamal perubatan yang mengenakan bayaran yang lebih rendah.