Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) memutuskan mengadakan pendengaran awam berhubung kontroversi sekitar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pengerusi Selcat dan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Hannah Yeoh berkata, untuk tujuan itu, antara dipanggil Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai saksi utama.

Pendengaran itu akan meneliti kontroversi “pemecatan” Azmin sebagai anggota PKNS dan 22 lagi kakitangan syarikat Selangor itu baru-baru itu.

Ia akan diadakan pada 25 dan 26 Mac, dua hari selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang ditandingi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS