Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Waytha tanya KJ: Boleh kerja tanpa peruntukan?
Diterbitkan:  Feb 19, 2014 3:35 PM
Dikemaskini: 8:11 AM

Bekas timbalan menteri, P Waythamoorthy membidas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana berpihak kepada perdana menteri tanpa memahami kekecewaannya terlebih dahulu.

Meningkah dakwaan Khairy yang mendakwa beliau tidak cekap dan mata duitan, Waythamoorthy berkata, beliau meletak jawatan kerana Datuk Seri Najib Tun Razak bersikap tidak acuh untuk menubuhkan unit khas bagi menangani masalah India Malaysia yang miskin.

"Tindakan Khairy mempertahankan bosnya adalah tidak matang dan kurang bijak," kata Waythamoorthy dalam kenyataannya.

"Bolehkah Khairy melaksanakan tugasnya jika belanjawan kementeriannya dihapuskan dan beliau diminta menjalankan tugasnya sebagai menteri belia dan sukan?"

Pemimpin Persatuan Hindraf Malaysia itu melepaskan jawatannya dari kerajaan minggu lepas dan menggelarkan Najib penipu kerana tidak memenuhi janji dalam memorandum persefahaman yang ditandatanganinya bersama BN, sebelum pilihan raya tahun lalu.

Memorandum itu membolehkan Waythamoorthy dilantik menjadi senator dan sebagai timbalan menteri yang sepatutnya menjaga hal ehwal komuniti India Malaysia apabila BN kembali berkuasa selepas pilihan raya umum.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS