Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang membuat satu laporan polis berhubung satu lagi laman Facebook provokatif yang mendakwa Ahli Parlimen DAP, Steven Sim telah melempar daging babi ke dalam kawasan sebuah masjid di Bukit Mertajam.

Laman tersebut juga menunjukkan gambar Sim di bawah kapsyen yang

berbunyi 'Cina melemparkan daging babi ke dalam masjid Bukit Mertajam'.

"Ini adalah satu fitnah dan provokasi," kata Sim kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Bandar Perda hari ini.

Beliau diiringi Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan ADUN PKR Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.

Sim mendakwa wujud konspirasi untuk melemahkan kerajaan negeri yang diterajui Pakatan dengan menimbulkan ketegangan kaum di Pulau Pinang, dengan menyenaraikan kronologi peristiwa untuk menyokong dakwaannya itu.

18 Januari: Di perhimpunan pro-BN di Seberang Jaya, peserta protes membawa kain rentang berbunyi 'Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei berlaku. Mahu lagi ? '.

26 Januari: Kain rentang dengan perkataan 'Allah is Great, Jesus son of Allah' ditemui di luar lima buah geraja, termasuk satu di Butterworth.

 

27 Januari: Dua bom dilemparkan ke perkarangan Gereja Assumption di Farquhar Street.

 

16 Februari: Daging, yang disyaki daging babi, dilempar ke dalam perkarangan sebuah masjid di Cherok Tokun.

18 Februari: Seorang ahli Umno menulis tweet mengenai maklumat dari sebuah blog tanpa namda yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang sedang menimbang melarang khutbah Jumaat di masjid.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS