Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tidak memberikan jawapan langsung berhubung persoalan sama ada beliau mahu menjadi menteri Besar Selangor jika memang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Dalam lawatannya di sebuah gereja di Kajang hari ini, seorang pengundi membangkitkan bahawa beliau hanya akan mengundi ketua umum PKR itu jika menjadi menteri besar baru.
“Jika kamu kata ya, saya akan undi kamu; jika tidak, saya tidak akan undi kamu; dan jika jawapan kamu tidak pasti, saya pun tidak pasti akan undi kamu,” kata seorang guru Robert Tan.
Anwar kemudian menjawab: “Kamu beri saya tiga pilihan, saya akan jawab begini:
"Cikgu Robert Tan, tuan, sokong saya di Kajang dan kita akan buktikan kamu buat pilihan yang betul.”
Sebelum itu, Anwar menyampai ucapan di dewan Holy Family Church yang dianjurkan bersama oleh gereja itu dan Centre for Reform, Democracy and Social Initiatives.