Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Chandra dakwa Anwar mahu jadi MB dekati istana
Diterbitkan:  Feb 2, 2014 2:26 PM
Dikemaskini: 11:27 AM

Bekas rakan kepada ketua umum PKR, Dr Chandra Muzaffar mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai matlamat lain termasuk "mudah mendekatkan diri dengan sultan dan raja" jika menjadi menteri besar Selangor.

Dalam wawancaranya dengan mingguan BH Ahad hari ini, Dr Chandra mendakwa Anwar mahu menduduki jawatan itu bagi menonjolkan beliau sebagai menteri besar "paling berkesan, berkebolehan dan lebih baik" daripada tokoh sebelum ini.

"Dengan menjadi MB, dia akan 'berlagak' dengan menonjokan imej baik bagi mempengaruhi pengundi dan rakyat. Anwar akan cuba berbaik-baik dengan MB yang lain seterusnya mendapatkan sokongan mereka.

"Apa yang penting, dia mahu menonjolkan diri supaya cara pentadbirannya akan dibandingkan dengan perdana menteri. Ini semua strategi mengaburi pengundi sebagai persediaan pilihan raya umum ke-14.

"Dengan menjadi MB, Anwar akan bergaul dengan ramai orang dan paling penting mudah mendekatkan diri dengan sultan dan raja-raja Melayu melalui Majlis Raja-raja.

"Nyata MB adalah bantu loncatan untuk menonjolkan kebolehan sebagai rakyat, MB yang responsif dan berjiwa rakyat," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Dr Chandra menjawab soalan berhubung mengapa ketua pembangkang Dewan Rakyat itu didakwa mahu menjadi menteri besar.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS