Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Chong Wei terkejut, KJ kata jangan sentuh
Diterbitkan:  Feb 1, 2014 4:14 PM
Dikemaskini: 8:25 AM

Pemain badminton dunia Datuk Lee Chong Wei terkejut ketika diajukan soalan tentang spekulasi beliau sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, beliau langsung tidak mengetahui cadangan agar beliau menukar haluan ke arena politik, lapor Utusan Online .

"Saya tidak tahu apa-apa dan tidak pernah dimaklumkan pula tentang cadangan untuk meletakkan saya sebagai calon di kawasan tersebut," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian itu.

Lee juga dilapor juga menolak memberikan sebarang komen tentang kesediaannya bertanding di kawasan tersebut.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.

Beliau dilaporkan menulis di laman mikro Twitternya, Lee "harta" negara dan tidak boleh disentuh untuk tujuan pilihan raya kecil Kajang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS