Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Biskop P Pinang: Bersama hadapi provokasi agama
Diterbitkan:  Jan 29, 2014 3:17 PM
Dikemaskini: 7:55 AM

Biskop Katholik Pulau Pinang Sebastian Francis menggesa rakyat Malaysia pelbagai agama supaya berdiri teguh bersama-sama menghadapi provokasi yang melibatkan hal-hal agama.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau yakin pihak polis akan menjalankan tugas mereka dengan bersungguh-sungguh dan bertindak dengan cara yang adil dan saksama untuk mengheret pesalah ke muka pengadilan.

"Kita akan terus berdoa agar kita tidak akan menggunakan (perbuatan itu) untuk mengalih perhatian daripada semua isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada kita sebagai rakyat Malaysia," kata Francis.

"Bersama-sama dengan semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras kita bersama berdoa memohon kepada Tuhan supaya diberi keamanan, keadilan dan pengampunan di negara kita."

Francis, yang baru pulang dari Miri, Sarawak, merujuk kepada sepanduk yang ditulis 'Allah is great, Jesus is the son of Allah', di luar lima buah gereja di Pulau Pinang pada hari Ahad.

Gereja tersebut adalah Gereja Assumption di Lebuh Farquhar; Gereja

Immaculate Conception di Pulau Tikus; Gereja St John Britto di Sungai Pinang; Gereja Lutheran Victor, Island Glades dan Gereja Nativity, Butterworth.

Manakala pada jam 1.30 pagi Isnin, orang yang tidak dikenali melemparkan dua bom petrol ke dalam perkarangan Gereja Assumption yang berusia 229 tahun.

Enam belas laporan polis telah dibuat manakala gereja-gereja berkenaan menafikan terlibat dengan sepanduk tersebut.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS