Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, penduduk Kajang patut bersyukur kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang yang disifatkannya pemimpin bertaraf dunia, bertanding dalam pilihan raya kecil itu.
Katanya, semua pihak sedia maklum tentang kepimpinan Anwar bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara-negara Islam seperti di Timur Tengah serta negara-negara membangun.
"Negara Islam di Timur Tengah sana pun memerlukan Anwar.
Sementara itu, Azmin juga mencabar Umno mencalonkan pemimpin tertingginya Datuk Seri Najib Razak bersaing merebut kerusi yang dikosongkan Lee Chin Cheh itu
“Umno kalau berani mari turun di Kajang, jangan letak MCA jangan letak MIC.
"Kalau berani letak Najib sebab dalam Utusan kata bukan main hebat (dia), lagi pemimpin hebat, pemimpin besar.
"Besar tak besar, mari turun Kajang," katanya dalam taklimat pilihan raya kecil DUN itu kepada lebih 100 jentera pilihan raya PKR.
Ucapan pengerusi PKR Selangor itu sekali gus disambut sorakan penyokong parti itu.