Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan menyifatkan tindakan PKR mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai main-main dan cuba “mengkangkungkan” rakyat.
“Saja-saja letak jawatan untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain.
"Macam main-main saja!” katanya yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS.
Menulis di Facebook semalam, Nasrudin berkata, perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah langkah “khianat” pada amanah.
Ini kerana pemimpin tersebut telah dipilih dalam pilihan raya dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan rakyat.
“Malang bagi ADUN Kajang yang mengabaikan amanah dan mempersiakan kepercayaan rakyat kepada beliau.
“Lebih malang kerana permainan ini dilihat cuba untuk 'mengkangkungkan' rakyat,” kata Nasrudin.