Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR: Gantung 'The Heat' dendam peribadi Najib
Diterbitkan:  Dec 20, 2013 12:34 PM
Dikemaskini: 8:45 AM

Penggantungan akhbar mingguan The Heat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dibuat akibat "dendam peribadi" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata PKR.

Naib presidennya N Surendran berkata, penggantungan itu menunjukkan bahawa pentadbiran Najib "zalim dan tidak layak mentadbir sebuah negara demokratik".

NONE "Penggantungan ini tidak demokratik, dilakukan secara sewenang-wenangnya dan serangan besar terhadap kebebasan akhbar.

"Ia dibuat untuk mengekalkan ketakutan, kepatuhan dan melemahkan media," katanya.

The Heat dipercayai digantung penerbitannya ekoran penyiaran artikel berhubung perbelanjaan mewah Najib dan isterinya Rosmah Mansor.

Dalam kenyataannya hari ini, Surendran yang juga anggota Parlimen Padang Serai mempersoalkan sama ada mengkritik perdana menteri dan isterinya boleh dianggap mengancam keselamatan negara, ketenteran awam dan moraliti.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS