Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ranhill kunci mulut isu siling Hospital Serdang runtuh

Kontraktor yang membina Hospital Serdang bernilai RM690 juta enggan mengulas rentetan insiden siling runtuh di situ sejak 2011, enam tahun selepas pusat perubatan itu beroperasi.

Ketika dihubungi, Ranhill Bhd enggan mengulasnya dan menegaskan, perkara itu masih dalam siasatan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurut laporan tahunan Ranhill, yang diterbitkan sebelum penyahsenaraian konglomerat itu pada 2011, kerja-kerja itu dilaksanakan oleh anak syarikatnya Ranhill Civil Sdn Bhd.

Walaupun Ranhill Civil sudah dibubarkan, Malaysiakini difahamkan, badan induknya masih mempunyai wakil dalam mesyuarat bersama JKR berhubung insiden yang menimbulkan kemarahan awam itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam pada 13 Disember lalu berkata, kementeriannya akan mengambil tindakan tegas , termasuk menyaman kontraktor Hospital Serdang ekoran insiden runtuhan siling di hospital itu.

Tanpa menyebut nama syarikat itu, beliau berkata, kementerian tidak menyembunyikan isu ini dan kontraktorlah yang bertanggungjawab terhadap bangunan itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS