Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Fathul Bari: Mat Sabu perlu nafi bukti gred B
Diterbitkan:  Dec 17, 2013 12:31 PM
Dikemaskini: 9:58 AM

Ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya menjelaskan bahawa beliau hanya menyarankan kepada Mohamad Sabu menafikan 10 bukti gred B oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengaitkan timbalan presiden PAS itu dengan fahaman Syiah.

Anggota exco Pemuda Umno itu dalam laporan Sinar Harian hari ini berkata beliau tidak bermaksud bahawa pemimpin popular PAS itu bertanggungjawab untuk membuktikan dirinya bukan pengikut Syiah.

fathul bari 110913 Penjelasan itu timbul selepas ekoran kenyataan Mohamad bahawa  pihak yang bertanggungjawab untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan itu adalah KDN dan bukan sebaliknya.

Mohamad juga telah menafikan bahawa beliau seorang pengikut Syiah dan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang menuduhnya.

Fathul Bari seterusnya berkata, Mohamad juga perlu menegaskan pendiriannya ke atas fahaman Syiah untuk menangkis pandangan negatif ke atas pemimpin parti Islam itu.

“Kalau nak bebaskan diri daripada semua tuduhan itu beliau perlu bezakan pendiriannya dengan pendirian Syiah. Tetapi mana pendirian beliau tentang Syiah selama ini?

“Saya tidak maksudkan beliau perlu kemuka bukti, apa yang saya sebutkan (ialah beliau) perlu menafikan kerana sekarang ini banyak petunjuk dirinya ke arah Syiah,” katanya lagi.

NONE Bukti Gred B itu merujuk kepada 10 bukti yang didedahkan KDN dalam sidang media pada 12 Disember lalu.

Bukti yang antara lainnya menyebut bahawa Mohamad pernah mengagumi pemimpin revolusi Iran 1979, Ayatollah Khomeini, bukan sahaja menjadi bahan jenaka di Internet malah tidak meyakinkan bekas anggota Kabinet.

KDN dalam reaksinya selepas itu menyebut bahawa kementerian berkenaan memiliki bukti lebih bermutu yang mengaitkan Mohamad dengan Syiah.

Namun, menterinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bukti yang dikategorikan sebagai 'Gred A' itu tidak akan didedahkan seperti bukti 'Gred B'.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS